logo BKS

logo BKS

Lagu tema usrah

SAHABATKU..,



SAHABATKU..

Engkau bertanya bagaimana cara untuk mewujudkan cinta Allah didalam hati. Ketahuilah sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba dan ia tidak boleh dipaksa-paksa. Fahamilah tentang silamku ini... cinta Allah adalah pohon yang tumbuh secara beransur-ansur di dalam hati insan yang ingin menanamnya.Pohon cinta ini ada benihnya yang perlu disemai, disiram dibajai dan dijaga. Hati adalah tempat menanam benih pohon cinta Allah.

Barangsiapa yang sudi menanam benih cinta itu dihatinya, pasti ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah lazat bakal dinikmati oleh semua makhluk Allah.SAHABATKU..,

Tahukah wahai sahabatku sekelian, dimanakah sumber dan gudang benih cinta Allah? Benih yang asli ada didalam al_Quran, kalau mampu galilah ia. Benih yang sudah tumbuh dan menjadi pohon yang berbuah harum dan manis ada pada Sunnah dan diri Rasulullah SAW.
Buah-buah dari pohon cinta Rasulullah inilah yang perlu engkau petik untuk mendapat benih cinta Allah.
Pohon cinta Rasulullah tidak akan mati dan terus mengeluarkan buah-buahnya pada setiap detik dan musim.
Ianya akan sentiasa berbuah dan terus berbuah selamanya.


Doa Para Akhawat yang sangat merindukan datangnya seorang pendamping ...Tuhanku... Aku berdo'a untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian dari hidupku....Seseorang yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu,

Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi kedua di hatinya setelah Engkau, Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu, Wajah tampan dan daya tarik fizikal tidaklah penting Yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau dan berusaha menjadikan sifat-sifatMu ada pada dirinya... Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia..

ADAKAH KAU LUPA | SALADIN the animated siries

Politik dan Amanah


Assalamualaikum dan salam ukhwah...Alhamdulillah pada entri kali ini kami, Lajnah Usrah dan Dakwah akan berkongsi wacana buat tatapan ilmu bersama kalian...Moga wadah yang kami sampaikan ini dapat dijadikan pedoman hidup dalam mencari keredhaan disisi Allah s.w.t..

POLITIK DAN AMANAH

Firman Allah dalam surah An-Nisak, ayat 158: “Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkannya kepada orang yang ahli (layak) dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu melaksanakan hukuman itu dengan adil, sesungguhnya Allah memberi ajaran kepada kepada kamu dengan apa yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat,”

Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan politik yang memerintah negara. Mereka bertanggungjawab mengurus ummah dalam segala bidang. Allah menyebutnya bersama dengan adil dan amanah. Ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan adil mengikut hukum Allah. Melantik pemimpin yang menunaikan kewajipan ini dikira amanah paling besar dalam Islam dan menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad paling afdal.

Menurut Abu Hurairah, “Suatu ketika, Nabi Muhammad sedang berbicara dengan para sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang badwi bertanya, ‘Bilakah berlakunya kiamat?’ Nabi Muhammad menjawab ,’Apabila dihilangkan amanah.’ Dia bertanya lagi, ‘Bagaimanakah dihilangkan amanah itu?, Nabi Muhammad berkata : Apabila diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya Tidak layak),”

Jelasnya, urusan pemerintahan hendaklah diserahkan kepada orang yang layak dari segi iman, ilmu dan akhlak yang baik, bukan kerana dipengaruhi hubungan keluarga, harta dan ugutan, bukan juga dilantik dengan cara kotorseperti cara paksaan, menipu dan rasuah.

Abu Hatim melaporkan, Nabi Muhammad berkata, “Jihad paling baik ialah bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim.”

Hadis ini adalah hadis sahih, namun ada yang mengatakannya lemah dan palsu. Namun apa yang cuba disampaikan di sini adalah mereka yang tunduk kepada kezaliman juga dianggap kalah pada hawa nafsu.

Islam mendahului demokrasi Barat, memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin yang layak dan haram patuh kepada pemimpin yang zalim. Allah berfirman dalam Al-Quran surah hud ayat 113 yang membawa maksud: “Jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh api neraka.”

Pertanyaan Imam Ghazali Kepada Muridnya.


Assalamualaikum kaifa halukum???...Semoga kita terus berada dalam nikmat Iman dan Islam..InsyaAllah..Pada entri kali ini kami Lajnah Usrah dan Dakwah ingin berkongsi sesuatu yang amat berharga bersama-sama kalian. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan koreksi diri..InsyaAllah..

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA;Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia. Lalu muridnya menjawab:"Orang tua,guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al 'Imran ayat 185: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga,maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

KEDUA; Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di duniaLalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Imam Ghazali lalu menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal dikemudian hari nanti.

KETIGA; Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini. Muridnya menjawab "Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-A'raf ayat 179: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk 'isi neraka jahanam' kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

KEEMPAT; Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia. Lalu muridnya menjawab :"Besi,gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan,binatang gunung-ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Sekian dahulu wadah tarbiah buat tatapan kali ini...Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya...

BULETIN USRAH(BUS)





Mat Rempit. Apabila disebut nama itu pasti ada diantara kita membayangkan kegahan mereka di jalan raya. Kononnya merekalah raja di atas jalan.
Tetapi...
Sedarkah kita perbuatan ini hanyalah untuk mereka yang bangga dengan dosa-dosa mereka. Sedangkan perbuatan ini tidak lain tidak bukan hanyalah mendatangkan dosa, ditambah pula apabila kita berbangga-bangga dengannya. Perkara ini pasti akan mendatangkan kemurkaan Allah.
Malah bertambah teruk lagi apabila remaja-remaja ini melakukan maksiat dan kemungkaran yang lain. Misalnya seperti pengambilan dadah dan pil-pil khayal, berzina, meminum arak dan sebagainya. Perkara-perkara ini tidak hanya dilakukan oleh golongan pelumba-pelumba haram, malah dilakukan juga oleh remaja lain.
Jika dilihat pada remaja kita sekarang, mereka sudah tidak mempunyai perasaan malu lagi, dan tanpa segan silu lagi melakukan dosa dan maksiat secara terang-terangan, seolah-olah perkara itu tidak ada yang hendak dimalukan.
Setelah dibuat kajian dan soal selidik, didapati para remaja ini mengemukakan beberapa sebab mereka melakukan perbuatan yang dimurkai Allah.
Antaranya, hanyalah sekadar ingin mencari keseronokan semata-mata. Mereka melakukan seolah-olah tiada keseronokan yang lain yang boleh di cari yang tidak mendatangkan dosa. Bahkan dalam Islam ada cara untuk menghiburkan hati dengan cara yang diredhai Allah. Misalnya, bersukan juga boleh menjadi hiburan, asalkan kita menjaga aurat kita.
Selain itu, ada yang mengatakan mereka melakukan perbuatan tersebut kerana kekusutan fikiran dan hati yang tidak tenteram serta resah dan gelisah. Misalnya, ada remaja terutamanya dari kalangan pelajar institut pengajian tinggi mengambil dadah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran. Tetapi keburukannya adalah melebihi kebaikannya. Bagi para penuntut institut pengajian tinggi, mereka mengambil dadah apabila menjelangnya musim peperiksaan. Hal ini kerana, sebelum menjelang peperiksaan,ketika waktu mengulangkaji pelajaran masih lagi ada, mereka sibuk berfoya-foya dan membuang masa tidak tentu arah.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang membawa maksud : “Yang menyebabkan timbulnya huru-hara dalam hati seseorang ialah kerana dosa-dosa yang dilakukannya.”
( H.R. Muslim)
Remaja yang bermasalah ini tidak mahu mengikuti jalan yang lurus. Seolah-olah mereka tidak meyakini tentang perlunya manusia kepada agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Ketahuilah bahawa hanya dengan mengingati Allah sahaja jiwa kita akan menjadi tenang.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan menngingati Allah. Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.”
(Ar-Ra’d : 27)
Kemudian Allah berfirman lagi yang membawa maksud:
“Wahai orang-orang yang berima, berzikirlah dengan menyebut nama Tuhanmu, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pagi Dan petang. Dialah yang memberikan rahmat kepadamu dan malaikatNya (memohon ampun untukmu) supaya dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang) Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.”
(Al-Ahzab: 41-43)

BULETIN USRAH


Hak dan Kewajipan Seorang Muslim
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. Sesungguhnya nabi s.a.w telah bersabda : “ Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam : (Sahabat bertanya) “ Apakah dia Wahai Rasulullah? ” Jawab baginda : “ Apabila engkau berjumpa dengannya berilah salam, apabila dia menjemput ke rumahnya hendaklah engkau terima, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin lalu memuji Allah dengan “Alhamdulillah” maka doakanlah dia dengan ‘ yarhamukallah’, apabila dia sakit ziarahilah, seterusnya apabila dia mati iringilah jenazahnya ke kubur.”
(Riwayat Muslim)
Pengertian hak terhadap muslim yang lain ialah kewajipan yang mesti dipelihara dan diamalkan oleh setiap muslim bagi menjana keperibadiannya dan bagi melahirkan masyarakat Islam yang bersaudara selaras dengan firman Allah s.w.t. :
Maksudnya:
“ Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara ”
(Surah al-Hujurat : 10)
Memberi salam adalah satu cara penghormatan yang diamalkan antara sesame Islam apabila bertemu. Hukum memberi salam ialah sunat muakkad, sementara menjawabnya pula adalah wajib. Firman Allah:
Maksudnya:
“ Apabila kamu diberi hormat (salam) maka balaslah hormat itu dengan cara yang lebih baik lagi atau menjawab sepertinya ”
(Surah an-Nisa’:86)
Ucapan salam yang diajarkan oleh Nabi ialah Assalamualaikum dan jawapannya ialah Waalaikumussalam.

salam ukhwah....


Assalammualaikum wbt..selamat datang ke blog usrah dan dakwah Badan Kebajikan Surau 2010,IPG Kampus Tuanku Bainun. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya,lajnah usrah Dan dakwah telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan blog ini bagi menyampaikan lebih banyak maklumat kepada para pelajar di IPG Kampus Tuanku Bainun berkenaan dengan perjalanan usrah di IPG KTB. Semoga dengan kehadiran blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada seluruh warga IPG KTB khususnya ahli-ahli usrah dan para nuqaba'. Sesungguhnya kalian semua adalah sahabat usrah yang amat kami hargai...semoga penglibatan kalian dalam aktiviti usrah akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT....amin.............