logo BKS

logo BKS

Lagu tema usrah

Pertanyaan Imam Ghazali Kepada Muridnya.


Assalamualaikum kaifa halukum???...Semoga kita terus berada dalam nikmat Iman dan Islam..InsyaAllah..Pada entri kali ini kami Lajnah Usrah dan Dakwah ingin berkongsi sesuatu yang amat berharga bersama-sama kalian. Marilah kita bersama-sama bermuhasabah dan koreksi diri..InsyaAllah..

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA;Beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia. Lalu muridnya menjawab:"Orang tua,guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Firman Allah Ta'ala dalam Surah Al 'Imran ayat 185: "Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan dalam syurga,maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."

KEDUA; Beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di duniaLalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Imam Ghazali lalu menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal dikemudian hari nanti.

KETIGA; Beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini. Muridnya menjawab "Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Firman Allah Ta'ala dalam Surah al-A'raf ayat 179: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk 'isi neraka jahanam' kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah dan mereka mempunyai mata tapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

KEEMPAT; Beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia. Lalu muridnya menjawab :"Besi,gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan,binatang gunung-ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Sekian dahulu wadah tarbiah buat tatapan kali ini...Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya...
0 Responses