logo BKS

logo BKS

Lagu tema usrah

Politik dan Amanah


Assalamualaikum dan salam ukhwah...Alhamdulillah pada entri kali ini kami, Lajnah Usrah dan Dakwah akan berkongsi wacana buat tatapan ilmu bersama kalian...Moga wadah yang kami sampaikan ini dapat dijadikan pedoman hidup dalam mencari keredhaan disisi Allah s.w.t..

POLITIK DAN AMANAH

Firman Allah dalam surah An-Nisak, ayat 158: “Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya menunaikan amanah dengan menyerahkannya kepada orang yang ahli (layak) dan apabila kamu melaksanakan hukuman di kalangan manusia, hendaklah kamu melaksanakan hukuman itu dengan adil, sesungguhnya Allah memberi ajaran kepada kepada kamu dengan apa yang sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat,”

Golongan yang banyak terlibat dalam melaksanakan hukum adalah golongan politik yang memerintah negara. Mereka bertanggungjawab mengurus ummah dalam segala bidang. Allah menyebutnya bersama dengan adil dan amanah. Ini menunjukkan politik Islam yang sebenar adalah memerintah dengan adil mengikut hukum Allah. Melantik pemimpin yang menunaikan kewajipan ini dikira amanah paling besar dalam Islam dan menasihati pemimpin yang zalim adalah jihad paling afdal.

Menurut Abu Hurairah, “Suatu ketika, Nabi Muhammad sedang berbicara dengan para sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang badwi bertanya, ‘Bilakah berlakunya kiamat?’ Nabi Muhammad menjawab ,’Apabila dihilangkan amanah.’ Dia bertanya lagi, ‘Bagaimanakah dihilangkan amanah itu?, Nabi Muhammad berkata : Apabila diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya Tidak layak),”

Jelasnya, urusan pemerintahan hendaklah diserahkan kepada orang yang layak dari segi iman, ilmu dan akhlak yang baik, bukan kerana dipengaruhi hubungan keluarga, harta dan ugutan, bukan juga dilantik dengan cara kotorseperti cara paksaan, menipu dan rasuah.

Abu Hatim melaporkan, Nabi Muhammad berkata, “Jihad paling baik ialah bercakap benar di hadapan pemimpin yang zalim.”

Hadis ini adalah hadis sahih, namun ada yang mengatakannya lemah dan palsu. Namun apa yang cuba disampaikan di sini adalah mereka yang tunduk kepada kezaliman juga dianggap kalah pada hawa nafsu.

Islam mendahului demokrasi Barat, memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin yang layak dan haram patuh kepada pemimpin yang zalim. Allah berfirman dalam Al-Quran surah hud ayat 113 yang membawa maksud: “Jangan sekali-kali cenderung kepada orang-orang yang zalim, nescaya kamu disentuh api neraka.”

0 Responses